Thursday, November 8, 2007

LAGI PASAL BAYI MENANGIS

Kenapa anak anda menangis?
LAPAR ..... selalunya bayi akan menangis perlahan dan semakin kuat sekiranya permintaannya tidak ditunaikan. Kalau bayi yang baru-baru lahir bagi jaripun akan dihisapnya. Penyelesaian... bagilah makanan @ susu
GUSAR.......kerana tidak diberi perhatian atau bosan dengan sekeliling. Selalaunya dia akan merengek. Solution angkatlah, bercakap dengannya dan mana yang malas sangat nak layan bagilah puting. Tapi mungkin tak sesuai yang menyusukan anaknya takut bayi itu keliru antara puting ibu dan yang beli.
PENAT ...... bayi penat selalunya akan tidur. Yelah bayi dibawa shopping yang lama. Nak tidur pun terganggu. Yang ini selalu bayi merengek di tenangkan pu tak berhenti. Solution baliklah rumah tidurkan bayi tu.
SAKIT .... ini yang paling penting untuk dikenal pasti. Biasanya tangisan yang lantang, nada atau pitching yang tinggi menandakan perhatian yang lebih. Anak kecil anda mungkin sakit perut, periksa kalau bayi anda demam etc kalau tak pasti consult family doctor anda.

Semakin lama anda meluangkan masa bersama bayi anda akan semakin memahami karakternya. Belilah termometer untuk check suhu bayi anda ... dipasaran terdapat banyak pilihan termometer digital yang mudah. Secara amnya suhu yang normal sehingga 37.2 celcius kalau lebih tinggi demam la tu. Untuk bayi dibawah 9 bulan risiko untuk dapat sawan panas ( febrile fit tu tinggi ) jadi tak adalah kita miss bayi kita sendiri nangis sebab demam. Awal malam bolehlah berjaga tapi kalau berlarutan hinggi awal pagi...mungkin kita sendiri pun tertidur kepenatan.

No comments: