
Lahirnya anak kita sebenarnya ianya telah berumur 37 hingga 40 minggu didalam kandungan. Mungkin lebih muda kalau dilahirkan pramatang. Tetapi sains telah menetapkan umur manusia bermula setelah bayi dilahirkan dan catatan masa lahir akan direkodkan sebagai bukti dan rujukan. Melihat sahaja bayi yang baru dilahirkan ramai ibu-bapa baru teruja .... gembira apatah lagi jika bayi yang dilahirkan sihat dan normal. Penat lelah mengandungkan bayi selama 9 bulan dan kesakitan bersalin terubat dengan bunyi tangisan dan senyuman puas seorang bapa baru. Menyusukan anak seperti satu pengalaman pertama yang amat bermakna. Ucapan tahniah dari rakan dan taulan menjadikan diri ibu dan bapa sangat bangga dan gembira. Adakah anda terus gembira ....... apabila semuanya sudah nampak biasa. PERMATA HATI merengek ditengah malam, menangis tidak menentu, suami lepas tangan, isteri mengadu keletihan ..... mungkin ada yang terfikir si permata hati begitu susah untuk dijaga. Lalu dalam hati menanamkan semangat berkorban untuk anak asalkan ia membesar. Tapi kenapa perlu berkorban anak itu akan terus membesar walauapapun kita lakukan. Maka saya rasa berkara yang lebih wajar ialah mencari lebih pengetahuan untuk mengenali anak-anak kita sendiri. Mungkin itulah yang kita boleh kongsi bersama ... mencari pengetahuan baru dan semuga dengan ilmu itu kita tidak rasa terbeban dengan mereka ..... malah menikmati kurniaan tuhan ini. Mungkin kita perlu tahu 10 peratus pasangan di Malaysia gagal untuk mendapatkan zuriat dan kitalah yang bernasib baik.
No comments:
Post a Comment