Tuesday, November 6, 2007

KENAPA BAYI ANDA MENANGIS


Kenapa bayi anda menangis? anda pening atau letih ?

1. Kembung Perut
Secara umumnya dari bayi lahir hingga ke lebih kurang enam bulan. Sekiranya bayi anda disahkan normal semasa discharge dari hospital pastikan bayi itu tidak demam, kuning tiada tanda batuk, sakit mata atau selsema berikut adalah kemungkinan yang selalu terjadi
a. Perut kembung. Semasa bayi anda menhisap susu, udara sekeliling pun agak dihisap juga jadi oleh kerana perut dan usus yang kecil dan kurang matang maka ianya akan menyebabkan bayi sangatlah tidak selesa. Ianya lebih ketara sekiranya anda memberi susu botol atau campur-campur. Jadikan biasakanlah sendawakan bayi selepas menyusukannya. Bagaimana .... cara yang terbaik untuk ibu-ibu baru bertanyalah dengan jururawat yang bertugas sebelum discharge. Tak bertanya mana nak tau. Bertanyalah kadangkala kita rasa tau tapi sebenarnya TIDAK. Kalau teknik anda betul dan bayi tak sendawa sangat .......... jangan putus asa dukunglah bayi tu sambil berjalan-jalan dalam rumah dulu. Kalau si isteri dalam pantang suruhlah suami yang lakukan. Kalau tak boleh boleh dan nak mencuba minyak kayu putih pun boleh tapi berpada-padalah kerana kulit bayi yang nipis boleh menyerap minyak @ lotion etc dan kita takut terlebih nanti toksik pulak. Anda juga boleh menggunakan Grape water dan ikutlah panduan yang tertulis jangan main bagi je. Kalau tak boleh juga ......... mengikut banyak pendapat terutamanya dari pakar kanak-kanak barat anda kenalah bawa berjalan dalam kereta. Tapi hati-hati bayi yang baru sangat lahir mungkin tak sesuai kerana tanpa balutan yang cukup bayi ini terdedah kepada hypothermia ( sejuk melampau ) dalam kereta beraircond.
Selalunya kalau dah sampai tahap ni bayi tu pun dah terlena. JADI APA MORALNYA

a. Sebelum discharge untuk anak pertama tanya lah jururawat yang bertugas serba sedikit hal penjagaan bayi. Belilah buku pasal baby-baby ni sebelum bersalin. Yang moden selalu betul yang tradisi pilihlah yang rasanya tak mudarat.
b. Kalau anda dikurniakan dapat menyusukan anak tu bagilah 100 peratus at least hingga habis pantang bagi yang bekerja. Kalau surirumah teruskanlah sampai baby tu 2 tahun. Selesai banyak masalah. Bayi pun Sihat. Sedar tak sedar sebenarnya dengan susu tin ni kita overfeed our baby .... so membesarlah bayi bayi yang sihat sangat ni lepas tu tengok anak jiran yang elok slim tu pun dikatanya anak tu tak cukup makan. Zaman ni child obesity ( kanak-kanak gemuk ) sejak akhir-akhir ni selalu dibincangkan kerana ada kaitan antara child obesity dan risiko mendapat penyakit kronic di masa dewasa.
c.Bapa mesti ikut terlibat sekali mendalami ilmu menjaga baby so tak delah asal bayi melalak je mesti confirm lapar bagilah dengan cepat terus pass kat ibunya

Wassallam nanti kita cerita masalah lain pulak.

No comments: